SDDesign.BiZ
Menu
icon_home.gif Halaman Utama

icon_community.gif Perbincangan
· Forum MPINew content !
favoritos.gif Memori
· Banggunan Lama & Baru
· Hari Asyura
· Kem Sains 2007
· Biodata Ahli Kumpulan
som_downloads.gif Download & Pautan
· DownloadsNew content !
· Radio PilihanNew content !
icon_poll.gif Kandungan
· Sejarah Penubuhan MPI
· Sejarah Mudir MPI
· Kemudahan Asas
· Analisa Peperiksaan
· Pelajar Terbaik
· Agihan Tugas Guru MPI 2007
· Program MPI Terkini
icon_members.gif Info Bioteknologi
· Biotek
· Apakah Bioteknologi
· Bioteknologi Dan Anda
· Bioteknologi Dan Industri
· Kejuruteraan Genetik
· Struktur DNA
· Penyiasatan DNA
· Gregor Mendel & Anton Van Leeuwenhoek
· Contoh Harian Bioteknologi
· Peluang Kerjaya Dalam Bdang Bioteknologi
· Biotek 2
· Perlindungan Terkawal Wanita
· Malaysia Terpinggir Dalam Persaingan Global
SDDesign.BiZ
Languages
Pilih Pelantar Bahasa:

English Malay
Selamat Datang Ke Laman Web MPI


Ucapan Mudir, Ma'had Pengajian Islam (MPI)  Jalan Long Yunus Kota Bharu Kelantan



 

Assalamualaikum w. b.t

           
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dapat juga Unit Sumber IT (USE IT) sekolah MPI menghasilkan laman web bagi sekolah Maahad Pengajian Islam. Tahniah kerana berjaya menghasilkan laman web berkualiti untuk sekolah! Terima kasih juga kerana bertungkus lumus dalam membangunkan laman web rasmi sekolah ini. Dengan adanya laman web ini, semua pihak dapat mengikuti perkembangan semasa sekolah serta maklumat-maklumat perihal MPI.
            Sesungguhnya laman web sekolah merupakan lidah rasmi bagi sebuah sekolah. Dengan terhasilnya laman web ini, orang ramai diberi pendedahan tentang sekolah MPI. Segala maklumat berkaitan sekolah dapat diperolehi melalui laman web ini. Semoga laman web yang terhasil ini menjadi media perantaraan antara pihak sekolah dan orang ramai khususnya ibubapa.
            Saya juga mengucapkan selamat datang dan ahlan  wasahlan kepada pelajar-pelajar yang  memilih MPI sebagai institusi pendidikan mereka. Tidak lupa juga kepada warga MPI, saya doakan agar anda terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.  
            Pelajar adalah bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Oleh itu pelajar mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Kejayaaan yang cemerlang tidak akan diperoleh tanpa usaha yang gigih serta berterusan tanpa mengira waktu.  Kecemerlangan akan memudahkan lagi kita membentuk sahsiah supaya seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan semangat cintakan negara yang tebal serta kukuh. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepa semua yang terlibat dalam membina laman web ini. Semoga berjaya kepada anda! 


Falsafah MPI

Ma'had Pengajian Islam merupakan satu institusi pendidikan aliran agama di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan. Ia mempunyai objektif dan falsafahnya tersendiri.

1. Ingin melahirkan pelajar yang bermisi dan berinovasi dalam meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan samada akademik dan ilmu agama.

2. Untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, dan mempunyai daya juang, berdaya maju dan mempunyai hala tuju dalam menghadapi dunia global.

3. Untuk mempamerkan akhlak mulia pendidikan yang terancang demi meneroka pengaruh hari mendatang.

4. Membina keyakinan pelajar melalui ko-kurikulum ilmiah dan jasmaniah supaya melahirkan pelajar yang berketerampilan  dan kendiri yang positif.

5. Berjasa kepada nusa, bangsa dan agama.

Falsafah YIK

          Falsafah pendidikan Yayasan Islam Kelantan ialah Pendidikan Islam sebagaimana diterangkan pengertian dalam istilah taalim, taadib, irsyad dan tadris adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi. Akliah, emosi,akidah dan jasmani berdasarkan kepada ajaran Islam.
          Usaha ini adalah bagi melahirkan muslim yang beriman, berakhlak, mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh, dan layak berkhidmat untuk membangunkan keluarga, masyarakat, Negara dan ummah.

Falsafah Negara

          Pendidikan negara di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
          Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan negara.


SDDesign.BiZ
Clock
SDDesign.BiZ
Pautan Bank Soalan
Beberapa pautan web bank soalan untuk para pelajar lawati..


Bank Soalan 1

Bank Soalan 2

Bank Soalan 3

Bank Soalan 4

Bank Soalan 5

Bank Soalan 6

Bank Soalan 7

Bank Soalan 8

Bank Soalan 9

Bank Soalan 10

Bank Soalan 11

Bank Soalan 12

Bank Soalan 13
SDDesign.BiZ
Pautan Web
Beberapa pautan web untuk anda lawati..


Program Pembangunan Sains & Teknologi

Kerajaan Negeri Kelantan

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi

Pusat Sains Negara (PSN)

Bahagian Kajian Angkasa (BAKSA)

National Biotechnology and Bioinformatics Network (BIOTEK)

Yayasan Islam Kelantan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan

Jabatan Pendidikan Negeri

Laman Web Rasmi Kelantan

Portal Pendidikan Utusan Malaysia

Sekolah Bistari
SDDesign.BiZ
Mutiara Kata
Mutiara Kata Untuk Anda

Mutiara Kata 1

Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak..


Mutiara Kata 2

Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu..


Mutiara Kata 3

Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya..


Mutiara Kata 4

Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan..


Mutiara Kata 5

Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat memuji dan mengkritik..


Mutiara Kata 6

Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat..


Mutiara Kata 7

Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian..


Mutiara Kata 8

Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus bertindak apa yang kita mampu..


Mutiara Kata 9

Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya..


Mutiara Kata 10

Tidak sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tidak sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal..